assalamualaikum...

ahlan wasahlan wa marhaban bikum

Wednesday, September 29, 2010

muslimah sejati

  1. Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;disentuh terguris,dihantuk serpih,dihempap berkecai.
  2. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.
  3. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;harga diri letaknya di situ,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah.
  4. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,di mana dan dalam keadaan macam manapun,biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
  5. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu ;kerana perasaan malu ,sebahagian dari iman..malu itu baik semuanya..